Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 24, 2008

Sabar

Tetiba petang ni hati ummi terusik. Teringatkan cinta, cabaran dan ntah apa2 lagi dalam melayari hidup bersama abah dan Nawal tatkala ini. Impian ummi dah tercapai, Alhamdulillah. Ummi bangga kerana memiliki abah dan Nawal. Inilah pemberian Allah yang tak dapat ummi bayangkan betapa dalamnya hati ummi menyimpan kemas kasih sayang itu. Sungguh2 ummi cinta kedua-duanya...
Dalam mengharung perit getir hidup bersama, kesabaranlah yang paling banyak diuji. Ya Allah, semoga aku terus sabar dalam meniti hari2 mendatang. Walaupun belum genap 2 tahun perkahwinan abah dan ummi, kesimpulan yang dapat ummi katakan ialah perkahwinan banyak mengajar erti kesabaran. Sesabar manapun manusia belum tentu dia sabar dalam sesebuah perkahwinannya.
Sabar, sabar dan teruslah bersabar wahai hati...

No comments: