Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 25, 2008

Lobak putih

Kali ni ummi nak share resepi lobak putih yang boleh menambahkan susu badan. Resepi diceduk daripada opismate ummi yang baik hati iaitu Czar. Thanx Czar! Memang sejak kebelakangan ni ummi selalu masak lobak putih memandangkan production susu yang menurun sejak Nawal masuk setahun. Harap2nya usaha ni berhasil. Sebelum ni pernah wat jus tapi memang tak boleh nak telan langsung! Tu yang dok tanya kengkawan kut2 ada resepi yang membolehkan tekak ni terima lobak putih. Dalam mencari2 tu la siCczar dok citer resepi ni masa dia jaga wife dia dalam pantang...

Bahan2:
Lobak putih (ikut individu nak banyak mana)
Lada hitam (ditumbuk)
Bawang merah (dihiris nipis)
Garam (secukup rasa)
Halia

Cara2:
Potong dan bersihkan lobak putih. Masukkan lobak putih, lada itam, bawang merah dan halia ke dalam periuk yang berisi air. Kira cam masak air je la. Dah empuk boleh dihidangkan, tu jer... Senang kan... Selamat mencuba!

No comments: