Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 27, 2008

Cerita lagi...

Pagi ni ummi nak bercerita lagi... Seperti kebiasaan selepas habis memasak bekal Nawal, ummi akan mandi dan bersiap nak pegi keja. Masa dok mengadap cermin, tiba2 ummi terdengar satu bunyi...

Praaaannnggg.............

Ohhooo.. Ummi terus berlari keluar dari bilik. Abah pun berlari dari arah dapur. Kami menuju ke tempat datangnya bunyi tersebut. Di tempat kejadian (berhampiran rak pinggan mangkuk) ada seorang budak kecil yang comel sedang berdiri tegak tidak bergerak walau seinci pun... Nawal dah pecahkan mangkuk bulat ummi.... Trus ummi angkat dan kendong ke bilik air, basuh kaki Nawal sebab takut serpihan kaca melekat kat kaki anak ummi. Abah lak ambik penyapu dan bersihkan serpihan kaca tu... Tidak ada pula rasa marah masa tu sebab ummi tau salahnya ummi sendiri sebab tak awasi Nawal.

Pagi ni ummi dapat satu pengajaran, walau macammana sekalipun keadaannya, kita tak boleh lalai sesaat pun. Apa2 pun boleh berlaku sekelip mata.... dan sempat juga ummi titipkan nasihat supaya lain kali anak ummi tak main barang kaca lagi walaupun ummi tau manalah budak sebesar Nawal mengerti...

1 comment:

mamahanees said...

Ishh....seriau dengar. Anak tgh aktif ni kena make sure benda2 kaca atau pisu etc letak kat tempat yg dia x leh capai.

Syukur tak jatuh atas kaki nawal :-)