Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 27, 2011

Stesen LRT PWTC, Kuala Lumpur
26 Mei 2011
6.30 petang

"Ummi, kenapa mata dia pejam?" kakak menyoal kepada saya apabila daripada jauh dia nampak seorang lelaki buta yang meminta sedekah.
"Dia buta," jawab saya ringkas.
"Sape curi mata dia?" alahai anak, sampai ke situ fikirannya. Saya mula tersenyum...
"Dia memang tak nampak daripada kecik."

Kadang-kadang anak sekecil ini akan mengajukan soalan yang tak terjangka dek kita. Saya tak nafikan, adakalanya saya tergamam. Terpaksa berdiam diri sementara waktu sebelum menjawab soalannya. Kalau lambat sangat memberikan jawapan, kakak akan memberikan kenyataan begini...

"Ummi, kakak kan tanya tadi. Jawab la." Atau...
"Ummi, kenapa ummi diam?" Atau...
"Ummi, kenapa ummi tak nak cakap dengan kakak?"

Sebagai ibu bapa kita perlulah berhati2 dan bijak dalam menjawab soalan-soalan anak kecil kita. Tahap pemikiran mereka jauh lebih baik daripada kita dahulu...

Ibu bapa bijak, anak pun bijak, InsyaAllah. Mudah-mudahan... :)

2 comments:

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. :)

ummiLIN said...

terima kasih kerana menjenguk blog ni.. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan ke blog saudara...