Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 7, 2010

Catatan hari ini...

Setelah menjangkau 3 tahun sebulan menjadi ibu, banyak yang telah aku lalui. Manis, pahit, tawar, masin... hu3... bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Baru sekarag aku benar2 faham mengapa Rasulullah meletakkan ibu itu di tempat tertinggi. 3 tempat pertama daripada seorang bapa. Walau bagaimanapun, bukanlah beerti bapa itu boleh diremehkan.

Dulu, masa anak sorang rasanya boleh jugak aku bernafas. Tapi dah 2 anak tak dinafikan yang kekadang aku tak cukup nafas. Selalunya yang bagi aku lebih nafas ialah suamiku... Alhamdulillah dan terima kasih sayang kerana kasih sayang dan perkongsian tanggungjawab yang kita pikul bersama.

Rasanya x cukup kaki tangan kejar itu dan ini. Bangun seawal 4.30 pagi pun belum tentu selesai semua kerja rumah. Kadang2 baru je nak bangun, adik merengek. Bila disusukan selalunya aku hanyut sekali. Klu berjaya bangun sekali pun, tengah masak terdengar la nyaringnya suara adik atau kakak dari bilik tidur memanggil-manggil namaku. Aduhai anak...

Sejak pindah ke rumah sendiri ni lagi banyak aku panjat tangga. Turun naik, turun naik... memang sangat meletihkan tapi itulah rutin yang perlu aku lalui. Setiap hari aku berdoa, berazam dan cuba melakukan yang terbaik buat keluarga dan kerja. Namun sesekali ada jugak aku tersungkur... Putus asa? Kecewa? Ada la jugak rasa camtu sebab rasa cam gagal menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan pekerja yang baik. Sesempurna mungkin aku cuba menjalankan tanggungjawab tapi ye la ada juga halangan yang mendatang. Cabaran kan... hanya ibu bekrjaya je yang tau cabarannya membahagikan masa dan diri untuk 2 komitmen yang sangat tinggi dalam hidup.

Ya Allah, aku mohon kekuatan dan kesabaran dalam melayari hidup ini. Panjangkanlah umurku dan suami untuk membesarkan anak2 sebaik mungkin. Tunjukkanlah jalan kebenaran kepada kami, lindungilah dan berikan rahmatMu. Sesungguhnya hidayahMu sangat kami harapkan...

Catatan ini akan bersambung lagi... Sekian...

3 comments:

Fiza Amran said...

kuat kan semnagat tabahkan hati... sebab tanpa ummi goyah lah pengantungan anak2... semoga semuanya dipermudahkan amin....

airikamalek said...

Benar ummi,
Dengan kasih sayang sahaja tak akan mampu harungi semua kepayahan jika tidak berlandaskan kesabaran...
Kerana itu, sama2 la kita tekadkan hati, sematkan dalam diri bahawa apa pun juga yang kita lakukan... anak2 adalah keutamaan walaupun sesekali akan bersulam dengan air mata dek kecewa dan hiba ekoran desakan tanggungjawab...
Semoga kita akan beroleh kepuasan dan balasan dari anak2 kita ini...insyaallah

ummiLIN said...

pearlnscarf & airikamalek... hanya seorang ibu yang tahu perasaan seorang ibu...