Buat semua ibu di dunia ini especially mak Ruzi Ngah Othman dan Partimah Basiran, 'Selamat Hari Ibu'... perit jerih kalian membesar dan mengasuh kami anak-anak tidak ternilai harganya. Bukan intan permata yang dapat membayar penat kalian menjaga makan minum kami. Bukan juga wang berjuta yang dapat menandingi kasih sayang kalian. Semoga semua ibu di dunia ini melalui hari-hari yang bahagia bersama insan-insan tercinta.
Buat diriku sendiri yang kini telah bergelar ummi kepada Nawal Ashiqin (setakat hari ni la kan...), semoga aku tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Akan kupastikan satu-satunya cita-citaku itu menjadi kenyataan, insyaAllah. Terima kasih kepada suamiku, Zailan Mohamad yang sangat dicintai kerana memilihku untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu. (Sekarang ni baru sorang je la, hehehe...)
Selamat hari ibu...........
No comments:
Post a Comment