Melihat Nawal Ashiqin membesar di depan mata terasa cepat sungguh masa berlalu. Baru lagi mengandung dan melahirkan dia tapi rupa2nya Nawal dah setahun 3 bulan. Hmmm... Dan usia perkahwinan abah dan ummi sudah 2 tahun 21 hari. Masih baru, tak sampai setahun jagung lagi.
Alkisahnya kali ini, perihal terbaru Nawal sejak 3 hari lepas. Bila abah atau ummi nak solat, Nawal akan sibuk duk atas sejadah, tak pun keliling sejadah. Sengih2, suka sangat. Sabtu lepas masa ummi nak solat Zuhur, Nawal duk atas sejadah. Ummi tengah siap2 pakai telekung. Tiba2 ummi nampak Nawal tunduk2kan kepala atas sejadah tu. Ummi pun terus tanya...
"Anak ummi sujud ye..."
"Hehehehe..." Nawal ketawa sambil tunjuk aksi.
" Sujud camne sayang?"
Nawal sengih pada ummi dan tundukkan kepala atas sejadah. Pastu angkat kepala semula dan pandang ummi lagi.
"Pandai anak ummi. Sekali lagi sayang, camne sujud?"
Nawal buat perkara yang sama. Tundukkan badan dan kepala atas sejadah.
"Alhamdulillah, pandai dia. Nanti dah besar rajin2 solat ye..." Ummi cium ubun2 Nawal tanda kesyukuran.
Masa abah datang nak ambik Nawal bawak ke luar bilik, ummi bagitau abah. Dan Nawal pun tunjukkan aksi yang sama pada abah. Alhamdulillah, semoga anak abah dan ummi jadi anak yang solehah nanti dunia akhirat.
Lainnya, anak ummi walaupun belum pandai bercakap tapi dah faham apa yang orang cakapkan. Masa abah dan ummi nak berbuka aritu, Nawal sepah2kan barang mainan selepas dikemas beberapa kali. Yang paling banyak bertabur atas lantai ialah lego.
"Nawal Ashiqin, kemas balik barang mainan tu," abah bersuara sambil tunjuk isyarat suruh kutip balik lego2 tu.
"Aaaaaaa (dalam bahasa Nawal)?" nampak cam Nawal tanyakan sesuatu pada abah. Ummi cuma jadi pemerhati.
"Kutip balik lego tu. Masukkan dalam bekas."
"Aaaaa...." Sambil tu Nawal kutip satu lego dan tunjukkan pada abah.
"Pandai pun kutip. Masukkan dalam bekas tu."
Nawal pun bawak lego tu dan masukkan ke dalam bekas. Lepas satu, satu Nawal kutip. Sampai habis semua lego2 tu.
Alhamdulillah... syukur sangat dengan perkembangan Nawal. Harapnya Nawal sihat dan terus membesar dengan baik. Mmmmuuaaahhhh.........
No comments:
Post a Comment