Dah terlalu lama aku tinggalkan dunia blog ni semenjak hujung tahun lepas. Sibuk sangat ke aku ni? Hehehe, sibuk tak sibuk la. Cam biasa, tiap tahun tempat keja aku ni akan wat satu 'big event'.
Ditambah plak dengan faktor kesihatan diri yang kian tak menentu semenjak akhir2 ni. Aritu punyer demam pun aku tak betul2 kebah lagi. Rasanya selama hampir 30 tahun ni, itu la kali pertama aku demam tahap teruk gile. Sakit2 badan masih terasa walaupun 2 minggu dah berlalu.
Teramat rindu rasanya nak menikmati cerita kawan2 blog yang dah lama tak dijengah. Pekaba korang semer ek? Sesungguhnya banyak betul cerita yang nak dikongsikan bersama tapi apa kan daya, buat masa sekarang ni waktu tak mengizinkan aku berbuat sebegitu. Macam2 nak cerita... cerita seorang isteri yang ditinggalkan begitu lama oleh sang suami, cerita Nawal yang kian lasak, cerita kenduri dapat adik ipar baru, cerita si Hafiy Dini yang baru menjengah dunia dan banyak sungguh nak di'list'kan.
1 comment:
kak Lin...kena tag dgn fara. sila ambik ye:)
Post a Comment