Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 16, 2015

Aduan kepada PLUS

Alhamdulillah. 

Rasanya itu perkataan paling tepat bila mengingati semula insiden pagi tadi. Allah itu Maha Berkuasa. Alhamdulillah kerana mungkin juga Allah ingin mengingatkan kami supaya lebih berhati-hati.

Alkisahnya tidaklah terlalu tragik tetapi memang mengejutkan ummi dan abah. Sepanjang hari bekerja, laluan masuk ke Tol Damansara menuju ke Highway Duta telah menjadi kebiasaan. Lebih kurang pukul 8 pagi sewaktu melalui SmartTag di Tol Kota Damansara, palang laluan tu seperti biasa akan terangkat bilamana ianya telah dapat mengesan smart tag yang abah pakai. Tanpa disangka ketika hampir melepasi palang tersebut, ianya tiba-tiba turun dan hampir terkena cermin kereta. Alhamdulillah abah sempat tekan brek dan mujur kereta BMW kat belakang tidaklah dekat sangat jaraknya. Dan palang tu pun tiba-tiba naik semula. Terpinga-pinga ummi dan abah kat situ sekejap. Nak panggil petugas tol, takde pulak kat situ. Sudahnya abah teruskan je perjalanan.

Masa dalam kereta tu sempat ummi cari nombor telefon PLUS sebab abah nak buat aduan. Bukanlah nak marah tapi nak minta supaya petugas di Tol Kota Damansara check palang tu supaya tak berlaku pada orang lain pulak. Beberapa minit selepas abah buat aduan, petugas Tol Kota Damansara telefon semula abah untuk mendapat beberapa maklumat lagi. Syabas PLUS atas kerjasama dan respons yang cepat. 

Ummi seram juga sebenarnya sebab baru je baca kat Facebook baru-baru ni seorang pengguna tol (lupa tol mana) yang cermin keretanya pecah akibat terkena palang tu. Tapi itu gara-gara seorang penunggang motor yang tak bertanggungjawab! Ada ke patut dia masuk kat laluan kereta dan 'tumpang lalu' sekali. Dah tentulah palang tu jatuh ke bawah bila kereta tu lalu sebab motor dah lalu dulu. Kesian pada pemandu kereta tu, terpaksa tanggung kerosakan sorang diri. Bila buat aduan pada tol, cctv tak dapat baca dengan jelas nombor plat sebab kecik. Alahai.... sabarlah buat pemandu tersebut. 

Kebiasaan yang kita lalui bukanlah semestinya seperti biasa pada hari esok... 

*ini merupakan aduan kedua kami kepada PLUS. Aduan pertama akan ummi ceritakan kemudian.

2 comments:

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

Kami pembayar tol plus, mahu yg terbaik. Ahad 3 sept 17, ajam 10pg. Gerai 10 Bumbu Kito tidak menyediakan wang tukaran memaksa isteri saya beli minumak utk dapatkan wang kecil. Ini tidak wajar. Harap panjangkan kepada unit plus yang berkenaan. Tkasih.

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

RnR Paguh arah ke selatan.