Haaaaaa.... lega tul ummi sebab baru la ada masa nak update laman ni. Sebuk sket lately ni. Mmmmm, minggu selepas cuti hari raya aritu kurang memberangsangkan pada ummi. Sebabnya, 7 Oktober abah dan ummi MC, sakit perut. Nak kata banyak sangat makan lemang tak jugak, tapi ye la adat raya kan, macam2 jenis makanan masuk. Tu yang dia meragam, tambah lak ummi ni pantang silap sket makan semenjak umur dah meningkat (eh, eh aku ni dah tua ke?) Hehehe... sepanjang tahun ni pun hampir sepuluh kali gak la ummi diserang sakit perut. Tapi bila pegi klinik takde pape pun. Balik2 food poisoning...
Jumaat, 10 Oktober ummi MC sekali lagi. Kali ni sebab demam. Petang Khamis masa balik keja tu pun ummi dah tak larat. Naik tangga ke rumah pun gagahkan juga kaki ni. Lama dah tak demam (ummi memang jarang demam), sekali demam lembik trus. Masa g PUSRAWI tu doktor tanya masa raya balik mana, sebab takut kena Chikunya. Memang masa balik Perak, ada beberapa orang kampung demam denggi (termasuk la ayah ummi tapi dia bukan denggi la). So, kalu dalam 3 hari still demam trus datang klinik lagi. Tapi Alhamdulillah demam ummi beransur pulih.
Isnin tu plak ummi EL. Ni sebab Nawal tak sehat. Sebelum raya lagi dia dah tak sihat sampai la ni. Batuk, demam, selesema........Ahad tu ummi bawak g PUSRAWI lagi, rupanya tonsil Nawal dah bengkak. Aduhai anakku, kesian sungguh.... Kalau nak diingatkan pasal ni memang ummi sedih. Nawal asyik meragam, jaga malam, nangis dan ntah apa2 lagi.
Sementelah ummi pun tak sihat sejak lebih sebulan yang lepas. Ye la sampai tak boleh nak menyusukan Nawal. Tapi nanti la ummi citer yek...
No comments:
Post a Comment