Cerita nyer masa bulan puasa yang lepas, 18 Sept ummi dan abah ada majlis berbuka puasa. Maka terpaksa la Nawal duk kat umah nenek lama sket.
Tapi ummi tak tunggu sampai waktu berbuka pun, habis ceramah ummi trus balik naik LRT jer. Bukannye apa, nenek dah cakap bulan puasa ni setakat Maghrib boleh la jaga. Nanti nenek nak pegi terawih lagi. Ummi pun dah janji dalam kul 7 ummi akan ambik Nawal. Penat gak la berlari kejar masa.
Sampai je kat umah nenek, ummi trus nampak Nawal kat pintu. Tengah pegang gril dan pandang ke luar. Alahai sayunya hati ummi.... Sorry sayang, bukan sengaja ummi ambik lambat. Kesian sangat kat baby abah tu... Nampak je ummi, Nawal trus jerit, bila pintu bukak terkam ummi. Peluk kuat2. Aduhai anakanda... tersentuh hati ummi ni. Agaknya Nawal mesti sedih sebab ummi ambik lambat. Tak sabar2 nak balik agaknya. Nenek pun cakap Nawal asyik duk kat pintu, rindu sangat agaknya kat abah dan ummi. Selalunya pun, klu time ummi ambik Nawal, klu tengah main pun Nawal akan berenti. Seolah2 dah tau ummi datang jemput.
Ummi sms kat abah bgtau pasal tu. Abah pun sian kat Nawal. Malam tu Nawal tido lambat tunggu abah. Sampai je abah kat umah, trus ajak main. Pastu baru Nawal tido. Aduhai anakanda abah dan ummi... meruntun sungguh hati ummi petang tadi...
1 comment:
huhuhu cedihnya...sian nawal. nak buat macam mana abah dgn umi keje...
Post a Comment