Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 18, 2012

Saya menjadi pemerhati saja..

Sekian lama saya tidak berblogging, rindu untuk menulis tetapi sejak akhir2 ni saya lebih kepada pemerhati sahaja. Dan kesibukan menguruskan rumahtangga serta kerjaya membuatkan saya harus mengutamakan perkara yang penting....

Banyak yang saya perhatikan semenjak senyap seketika, daripada hal2 negara dan juga dunia. Baik tentang hiburan, politik, agama atau apa sahaja yang saya sempat jengah. Tapi saya agak letih dengan hal2 yang berkait dengan negara sendiri, terutamanya politik. Macam2 warna yang terlukis dalam kanvas politik Malaysia sejak akhir2 ini. Melalui itu kita boleh menilai tahap kebijaksanaan seseorang dalam merumus perkara2 berkaitan. Malah ada yang sampai ke tahap melampau, menghina sesuka hati orang lain walhal diri sendiri pun sangat kurang ilmunya. Bercakap seolah2 ilmu sangat penuh di dada.

Ya sahabat2 sekalian, kita perlu mengakui bahawa ilmu yang kita ada bukanlah banyak mana tetapi tidak bermakna kita langsung tidak boleh mengkritik orang lain tetapi kritikan kita perlulah berilmu dan menjaga maruah orang itu. Kita perlu saling mengingati tapi jangan sampai ke tahap yang melampau. Satu jari menuding orang, 4 jari lagi menuding kepada diri sendiri. Selalulah memohon pada Allah agar kita terus diberikan hidayah dan petunjukNya. Semoga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

Oh ya, saya hanya boleh menulis setakat ini, nanti saya sambung lagi. Kerja sedang menanti.... Sekian...

2 comments:

Ros said...

isu negara amatlah kelam kabut...
yang paling dirisaukan tahap sosial yang amat parah dari hari ke sehari.
Kita golongan ibulah yang kecut perut
menerima semua permasalah kebejatan sosial ni...siapa nak tolong? ya..kita merayu dan merintihlah pada Allah. Tiada tempat terbaik melainkan kembali kepada Allah.

Kecut juga perut bila nak membeli keperluan...rasa sangat barangan dah mahal..

Kecut mecut perut naik senak dengan politik...tak nak komen apa2, akak dengar..nilai dengan mata hati dan berpandu dengan pesanan yang syarie pilihanraya nanti kita tentukan pemimpin kita.

emmm...banyak tanggungjawab kita ummilin.

ummiLIN said...

Ya Kak Ros... adakah hidup ini makin sesak atau kita yg sesak dgn kehidupan? Entahlah....