Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 13, 2015

Banyak yang tertangguh...

Setiap hari Ummi ke laman ini tapi tidak menukilkan apa-apa. Menjengah laman yang terbiar dan membaca nukilan rakan-rakan sahaja.

Banyak nukilan yang tertangguh tapi tunggu masa yang sesuai baru boleh update. Kotak simpanan handphone Ummi dah penuh sangat tu, hanya menunggu untuk dimuntahkan ceritanya.

Sekitar pertengahan April lepas kesibukan memang benar-benar menghambat rutin harian sampai rasa tak cukup masa! Tambahan pula Encik suami yang bekerja di luar daerah sehingga minggu lepas benar-benar membuat Ummi agak semput menguruskan hal ehwal rumahtangga. Karenah 4 komando tu boleh tahan juga untuk dilayan.

Penat dan mengantuk masih bersisa hingga petang ini....

Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini untuk menyempurnakan tanggungjawab kepadaMu biar apa jua keadaannya.

Sekian.

No comments: