Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 1, 2015

Tak nak balik kampung?

Assalamua'laikum.

Petang ni Ummi nak tulis sikit pandangan yang fakir...

Sejak semalam Ummi ternampak posting kat FB pasal seorang lelaki yang mana isterinya agak meragam kalau balik ke kampungnya. Kesian dia. 

sumber : beritahavoc.blogspot.com

sumber : beritahavoc.blogspot.com
Ok.... bagi Ummi hal sebegini bukanlah satu masalah yang tak dapat diselesaikan cuma kadang-kadang bila ianya dipandang remeh memang boleh makan hati. Soal pertama yang harus diambilkira ialah AURAT. Ummi bukan seorang yang alim pun tapi setakat ini dan InsyaAllah pada masa akan datang pun harap-harap perihal aurat tidak dipandang kecil. Niat untuk memperbaiki mana-mana kelemahan tu terpasang sejak dulu dan usahanya Ummi usahakan sedikit demi sedikit. Nak buat baik bukan senang ye sebab ada je ujian yang datang.

Sejak sebelum berkahwin memang dah pasang niat nak pakai tudung walaupun dalam rumah dan ianya sudah terlaksana 8 tahun dulu, Alhamdulillah. Masa mula-mula pakai tu memang muka rasa tebal sebab ada yang cakap tak payah, adik beradik je. Aduhhh... tu ujian pertama. Tapi Ummi keringkan hati!

Sebenarnya, untuk menutup aurat ni terutamanya di rumah mertua atau di tempat lain memang memerlukan sokongan. Bukan semua orang faham malah ada pulak yang mengata. Bila kita asing tempat tidur pun ada juga yang sangka kita mengasingkan diri walhal kita cuba sedaya upaya melindungi aurat yang sepatutnya hanya dapat dilihat oleh orang tertentu sahaja.

Nak balik kampung takde masalah tapi mungkin ruang privasi diperlukan supaya kita dapat menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam. Golongan ibu-ibu menyusu juga sangat memerlukan ruang. Bayangkanlah kalau kita tidur beramai-ramai di ruang yang ramai, anak pula nak menyusu. Tentulah tak selesa dan malu. Kalau tengah tidur, tak sedar pulak anak menyelak baju. Haaa..... terbuntang mata ipar duai! Kalau anak tak menyusu, bagi ibu-ibu atau anak dara yang memakai kain batik pun agak bahaya ye. Jadi, eloklah bawa seluar panjang sebelum balik kampung.

Bagi Ummi, suami adalah orang yang paling tepat untuk menerangkan kepada ahli keluarganya tentang permasalahan ini. Kalau dia datang daripada keluarga yang telah terbiasa dengan suasana seperti yang dikehendaki oleh isteri senanglah cerita kan. Kalau sebaliknya... carilah alternatif lain supaya isteri dan semua ahli keluarga selesa.

Wahai suami, kamu juga kena faham, nak menutup aurat 24 jam dalam rumah bukanlah mudah. Dengan cuaca yang tak menentu, perangai anak-anak yang boleh mengeluarkan peluh macam berjogging dan pelbagai aktiviti yang nak dibuat memang memerlukan kesabaran tahap tertinggi. Sokong dan bantulah isteri untuk menjaga aurat malah menjaga emosinya juga penting. Tak guna juga kalau elok bertudung litup tapi muka masam lebih daripada cuka!

Si isteri pun kena pandai mencari masa dan ruang, jangan nak jaga aurat sampai menyakitkan hati orang pulak. Cakap elok-elok. Bila dah ramai macam-macam cerita yang akan keluar. Kalau nak guna bilik, minta izin dengan saudara mara yang ada dalam bilik tu untuk keluar sekejap. Tapi kalau perempuan yang duduk tak mengapalah. Alah, sesekali balik kampung bersesak tak mengapa. Itulah kemeriahan. Kita ni kawin dengan orang yang ada adik beradik ramai, kena la terima seadanya. Kalau rumah mertua besar dan cukup bilik untuk semua anak menantu dan cucunya kira bonuslah tu, tapi bagi rumah yang memang kecik faham-faham sendiri la. Pandai-pandai la bawa diri. Bagus juga kalau suami mampu keluar belanja buat satu ruang khas untuk digunakan oleh isteri, adik beradik perempuan atau ipar duai. Lagi bagus kalau adik beradik suami kongsi duit buat sama-sama ruang privasi tu. Bertambah bagus kalau menantu pun turut menyumbang duit, hehehe. Senyum lebar mertua tau! 

Kita kena ingat, kemudahan yang ada di kampung bukanlah sehebat di hotel atau bandar-bandar besar. Kena faham dan terima tu. Bukan selalu kita kongsi bilik, kongsi tandas yang cuma satu dan di luar pulak malah bilik air yang sempit berdindingkan zink buruk. Ada setengah tu berlubang dan berbumbungkan langit, mau tak seram! Ummi sendiri pernah disakat dek Encik Suami masa sebelum kawin. Katanya kolah bilik air rumah mak kongsi dengan ruang dapur. Bila mandi, sure nampak orang yang ada kat dapur. Ha, tak pening Ummi pikir camne keadaannya nanti! Adui, kalaulah ianya realiti mau mandi tengah malam sebab dah takde orang nak masak-masak kat dapur lagi kan.

Berlapang dadalah menyelesaikan isu balik kampung ni. Satu lagi, kena fikir gak perasaan pasangan kita. Kalau kita tak suka balik kampung dia, agaknya nanti dia ikhlas tak nak balik kempung kita. Suami isteri kena sepakat, bincang elok-elok. Alangkah baiknya kalau sebelum kahwin kita diskusi sama-sama tentang perihal rumahtangga untuk dijadikan garis panduan. Kalau tidak dapat menepati 100%, dapat 50% atau 60% pun dikira cukup baik.

Dalam erti kata lain.......... sebelum kita terima pasangan kita, fikir banyak kali dulu. Sanggup tak kita hadam semua jalan hidup dia? Tepuk dada tanya iman ye....

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)