Menyambung ceritera ummi, hidup sebagai anak petani bukanlah mudah. Puas bersawah, keluarga ummi mengusahakan kebun jagung kat tanah sebelah sungai rumah kami. Luas jugak la. Walaupun ummi ni anak perempuan tapi kerja2 kat kebun tu memang dah biasa ummi buat. Kulit pun jadik hitam legam dek panasnya matahari. Tak lawa langsung anak dara Pak Naei dulu...
Kerja2 tani memang memenatkan tapi bila melihat hasilnya hati kita puas. Nak tau harga jagung yang kitorang jual masa tu? RM3 untuk 10 tungkul jagung. Murah kan? Hehehe, masa tu dah jemu dah kami makan jagung. Bubur jagung, cekedok jagung, jagung bakar, jagung rebus dan macam2 lagi. Sampai tak lalu dah nak makan. Sekarang ni bila duk KL nak beli jagung pun kadang2 berkira, mahal mak oiiii... Ummi sendiri pernah mengangkat guni jagung (kami guna guni gula) untuk dibawa ke tempat jualan atas bukit rumah kami. Kalau diingatkan balik ummi sendiri cam tak caya kudrat ummi sampai ke tahap itu. Masa tu ayah dan adik2 lelaki ummi pergi kerja. Dah ummi je ada kat umah lepas konvo, so ummi gagahkan juga. Takkan nak biarkan mak yang angkat. Orang dah menunggu nak beli.
Walaupun ummi dah grade UiTM, tapi kerja2 kebun tak pernah ummi lupakan. Siap jual kat tepi jalan lagi. Kami adik-beradik tak bagi ayah jual jagung sebab ayah ni jenis bila kawan nak beli je bagi free, lingkup bisnes! Permintaan memang tinggi tapi sekarang kami dah tak mengusahakan kebun jagung lagi sebab hujung tahun 2003 kami pindah rumah. Tapak rumah asal kami tu kakak ayah yang punya, jadi paham2 aja la. Semuanya berlaku selepas opah meninggal dunia. Ada jugak la sekali dua ayah suarakan nak buat kebun jagung lagi tapi kami tak bagi. Dah tua ni kami adik beradik nak ayah dan mak duk umah dan buat kerja ringan2 jer.
Sehingga kini jiwa tani ummi masih ada. Malah memasang impian untuk jadi usahawan tani yang berjaya. Alangkah baiknya kalau ummi ada ladang sendiri kan....
1 comment:
huhuhu...jiwa kental Lin ni. Fara tak penah lalui hidup mcm tu. tapi lagi sadis dari Lin. hukhukhuk
Post a Comment