Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

Cakap-cakap orang yang dah berkahwin


Dah lama saya tak update blog ni, banyak menda berpusing2 tak lepas2 keluar. Idea menulis tu ada tapi dek kerana kesibukan tugas harian maka blog ni terbiar agak lama....

Kali ni saya nak bercakap mengenai hal rumahtangga walaupun hakikatnya rumah zaman moden ni banyak lif berbanding tangga, he3...

Perlu saya tegaskan di sini, apabila kita bercakap mengenai isu gender sampai dunia kiamat pun ianya takkan habis. Pasti ada tudingan jari kepada pasangan. Apapun yang akan saya perkatakan, mana yang baik ambillah jadikan panduan manakala yang sebaliknya jadikan pengajaran. Coretan ini juga ingatan buat saya sendiri yang adakalanya lalai.

Stress atau tekanan pasti pernah dirasai oleh semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin, tak kiralah suami mahupun isteri. Seringkali rumahtangga yang dilihat tidak berombak dianggap sangat bahagia manakala yang berantakan pastinya dilabel dengan pelbagai tuduhan atau tanggapan yang adakalanya tidak tepat langsung. Hati-hati ye Tuan-tuan dan Puan-puan... air yang tidak berombak itu tidak semestinya jernih sentiasa. Mungkin jernih pada kita yang memandang tetapi pada yang memikulnya tidak....

Jika kita melihat suami atau isteri sangat baik, tidak pernah komplen apa-apa tentang rumahtangga yang dilayari janganlah dianggap dia ok sentiasa! Ya benar, itu satu kenyataan! Sungguhpun pasangan kita ok, tanyalah khabar dia sesekali. Mungkin dalam diam dia mengharap supaya pasangannya bertanya tentang dirinya ataupun bercerita tentang apa saja dengannya. Suasana sunyi dalam rumahtangga boleh mnegundang kehambaran. Lazimya kita melihat si suami kurang bercakap dengan si isteri kerana kebetulan isterinya seorang yang berdikari maka pada fikirannya si isteri ok, baik2 aje. Jangan Tuan-tuan!

Apabila Tuan-tuan seorang yang sibuk dengan kerjaya, jadual dipenuhi dengan tugasan luar yang memakan masa berhari-hari, luangkanlah masa dengan sepotong ayat.. " sayang ok hari ni, penat tak? Anak2 nakal ke?" 

Keletihan menjaga anak-anak sendirian sukar untuk diungkapkan, dapat pula suami yang jenis tenang setenang air di kali. Aduhai….

Hanya mereka yang pernah melaluinya akan rasa bagaimana sukarnya memenuhi semua tuntutan. Saya sendiri sukar untuk memenuhi tuntutan yang biasa kita buat hari-hari. Pengalaman ditinggalkan suami membuatkan saya faham bagaimana ibu/bapa tunggal melalui hari-harinya. Saya selalu terbabas mengemas rumah, itulah yang membuatkan jiwa saya sakit. Nak sapu rumah pun kadang-kadang tak sempat. Masa tu la baru terfikir alangkah bagusnya kalau ada pembantu rumah. Tapi, disebabkan tiada kepercayaan untuk membawa orang luar hidup sebumbung dengan kami membuatkan saya nekad tidak mengambil pembantu rumah sehingga kini. Kalaulah masa akan datang fikiran saya berubah, tidaklah saya tahu pulak kan.

Oh ya, satu lagi yang selalu kita lupa, ucapan terima kasih kepada pasangan. Kalau dihitung sepanjang usia perkahwinan, berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kepada pasangan? Tak dinafikan, ada antara kita malu untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa ye? Cuba-cubalah meringankan mulut untuk berterima kasih, hilang penat pasangan kita.

Ok, rasanya cukup sampai di sini. Lain kali kita kongsi lagi ya…

No comments: