Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 27, 2013

Saat saya mengenali Shaklee


Shaklee.

Anda pasti pernah mendengar perkataan Shaklee bukan? Kalau tidak pun pasti pernah menjumpai perkataan itu di Mr. Google. Kenapa dengan Shaklee? Ehehe… saya nak bercerita tentang Shaklee sedikit dalam entry kali ini…

Dulu saya sendiri pun tak pernah dengar pasal Shaklee, sehinggalah ketika saya mencari maklumat mengenai kesihatan pada hujung 2011. Masa tu sedang sarat mengandungkan Haseena, umur 31 tahun. Jadi, almaklumlah akan kepenatan yang terpaksa saya tanggung ditambah pula dengan suami yang selalu bertugas di luar daerah.

Saya sering keletihan, samaada di tempat kerja mahupun ketika berada di rumah. Bukanlah mudah menguruskan kerja dan rumahtangga dalam keadaan sarat begitu. Lantas, saya terfikir akan kesihatan diri yang perlu dijaga rapi. Peningkatan usia dari tahun ke tahun membuatkan saya sedar sesuatu perlu dilakukan. Saya perlu cergas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ketika ralit mencari maklumat, saya jumpa banyak betul blog yang menceritakan tentang produk Shaklee. Macam-macam ada, untuk kegunaan semua peringkat umur malah ada ganjaran juga untuk mereka yang menjadikan Shaklee ini sebagai sumber pendapatan tambahan. Masa tu tentulah saya mahukan produk yang sesuai untuk diambil selepas bersalin. Tambahan pula, saya berpantang sendiri di rumah. Kakak dah mula bersekolah, takkan saya nak dia bercuti selama 2 bulan di kampung. Jadinya, tentu tanggungjawab yang sangat besar sedang menanti saya pada masa akan datang.

Saya jumpa blog Kak N atau nama betulnya Norita Mohd Idris, seorang pengedar sah produk Shaklee. Saya membaca maklumat yang saya perlukan di blog Kak N sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, akhirnya saya faham bahawa pengambilan suplemen adalah untuk membantu kita menaiktaraf kesihatan kita. Diri sendirilah yang harus berusaha untuk kekal sihat disamping tawakkal kepada Allah setelah berusaha menjaganya. Jangan pula bila dah jatuh sakit baru nak makan suplemen, kesannya tentulah lambat.

Pesanan pertama saya ketika itu ialah set berpantang dan menyusu iaitu B Complex, Vitamin C 500mg, Vitalea dan Zinc. Saya hanya memulakan pengambilan vitamin tersebut selepas 2 minggu berpantang. Saya takut nak makan awal-awal sebab saya tak pernah mengambil sebarang suplemen sebelum ini. Takut badan terkejut sebetulnya. Lagipun Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang masalah ketika hamil mahupun selepas melahirkan kecuali Hb saya yang rendah. Susu pun nampaknya banyak, rezeki anak-anak yang dikurniakan Allah. Syukur sangat.

Sejak makan suplemen, saya rasa badan saya lagi segar daripada sebelum ini. Alhamdulillah. Bertitik tolak daripada itulah saya terus mengambil suplemen Shaklee dan saya menambah satu produk kepada produk Shaklee yang lain. Contohnya, beberapa bulan selepas itu saya menambah ESP, kemudian Ostematrix serta Vitamin E dan bulan berikutnya saya mencuba pula OmegaGuard. Sehingga kini saya juga telah menggunakan Perfomance Drink, Nutriferon dan Alfalfa.

Selepas mendapat kebaikan daripada produk Shaklee, saya berkongsi kebaikannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya mahu orang lain juga sihat seperti saya. Perlu diingatkan, bukanlah dengan memakan suplemen ini membuatkan kita sentiasa sihat tanpa sakit. Itu tanggapan yang sangat salah. Kita ni berikhtiar untuk menjaga kesihatan, selebihnya ketentuan Allah. Janganlah pula menolak ketentuanNya.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi cukup dulu setakat ini. Saya akan menyambung kembali kebaikan Shaklee kepada anda.

Sekian, jumpa lagi.


~ Ikhtiar dan tawakkal kepada Allah~

*untuk mendapatkan konsultansi dan harga istimewa Shaklee, jangan segan untuk sms/whatssup ke talian 0192196843 atau emel ke roslinmohamednaziri@gmail.com. Anda juga boleh menggunakan id saya iaitu 877174 untuk membeli produk Shaklee di mana-mana cawangan yang dikunjungi. Semampu boleh saya akan cuba membantu, InsyaAllah.

No comments: