Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 30, 2013

Kurma

Kurma.

Hmm... sebut je kurma semu orang dah boleh bayangkan macammana bentuk dan rasanya. Dah nak dekat puasa ni lagi la orang teringatkan kurma. Cuma, makanan sunnah ni seringkali  diingat bila dah nak hampir Ramadhan. Sebetulnya makanan ni boleh dimakan bila-bila masa dan waktu.

Ummi memang suka makan kurma atau nama lain baginya ialah tamar. Kalau di pejabat bekalannya tak putus, cuma semenjak 2 bulan ni memang dah takde atas meja ni. Pasaraya yang selalu ummi beli kurma tu dah tutup. Tapi hari ni ummi dah beli kurma untuk bekalan sepanjang hari. Balik nanti ummi nak buat jus. Uuuu... sedapnya, tak payah campur gula, memang original manisnya. Rasa jus kurma yang kita buat sebenarnya lagi sedap daripadaa beli yang kordial tu. Ummi pun tak pernah beli yang kordial.

Khasiat kurma ni semua orang tau. Tapi ummi akan sebut jugak la sikit..

1. Memberi tenaga kerana ianya pantas diserap ke dalam tubuh badan.
2. Menguatkan ingatan. Bukan kismis saja tau yang boleh menguatkan ingatan kita.
3. Sangat baik untuk ibu-ibu hamil. Dikhabarkan ianya membantu proses kelahiran malah anak yang dilahirkan juga InsyaAllah berperibadi mulia seperti Rasulullah.
4. Kaya dengan serat dan potassium. 
5. Boleh merawat penyakit. Dikatan apabila kita memakan kurma Ajwa sebanyak 7 biji sehari, InsyaAllah terhindar daripada sihir. Wallahhua'lam.

Itu adalah sebahagian daripada khasiatnya. Kalau di'google'kan, banyak lagi kebaikannya. Ingat tak kisah Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa di bawah pohon kurma? Oleh kerana sakit yang dihadapinya, Allah memerintahkan Maryam menggoncang pohon tersebut supaya kurma yang jatuh itu boleh dimakan. Hebatkan?

Pernah juga ummi baca yang kurma tulen tanpa diawet rasanya manis dan kelat sedikit berbanding yang telah diawet. Warnanya pun lebih kurang kuning gitu. Tak pernah ummi tengok depan mata, tengok dalam internet je. Sekarang ni macam-macam produk kurma dikeluarkan, contohnya kurma coklat, kurma badam, kek kurma... banyak...

Teringinnya ummi nak tengok kebun kurma. Ummi nak rasa yang fresh, kalau ada rezeki boleh beli banyak dan bawa balik ke Malaysia. Bestnya.... Okey la, setakat ni dulu. Nanti kita sembang-sembang lagi... 

Sekian.

No comments: