
Thursday, December 18, 2008
Wednesday, December 10, 2008
AidilAdha 1429H









Friday, December 5, 2008
Growing first teeth...

Two lower front teeth (1-1) : 9 bulan 17 hari (26 Mac '08)
Two upper front teeth (2-2) : 9 bulan
Upper side teeth (3-3) : 11 bulan
Lower side teeth (4-4) : 1 tahun 4 bulan
Upper first molars (5-5) : 1 tahun 4 bulan
Lower first molars (6-6) : 1 tahun 4 bulan
* Nawal ni boleh dikategorikan dalam bayi yang lambat tumbuh gigi. Kawan sebaya dia, Muqtaseem umo 4 bulan dah tumbuh gigi. Tapi tak kesah la sebab lain baby lain kadar pertumbuhannya kan... Paling tragis peristiwa tumbuh gigi bagi Nawal ialah masa setahun 4 bulan, lama tul dia demam masa tu. Mana taknya, 6 batang sekali tumbuh. Memang meragam habis anak abah dan ummi menahan sakitnya... Nanti kalau Nawal tumbuh gigi lagi, ummi akan update ok...
I'm coming...

8 November '06 : baru 2 bulan lebih

6 Disember '06 : dah ada bentuk sket, 3 bulan lebih dalam kandungan ummi

10 Januari '07 : 4 bulan dalam kandungan, masa ni abah dan ummi dah tau baby ni baby girl

1 Jun '07 : 8 hari sebelum menjengah dunia... I'm coming abah, ummi :p
Ni semer gamba masa Nawal Ashiqin dalam kandungan lagi. Gamba Februari - Mei '07 ada dalam fail, xpt nk upload kat sni...
Thursday, December 4, 2008
Salam AidilAdha (10 Zulhijjah 1429H)
Wednesday, December 3, 2008
3 kisah pahit
- Accident : sebenarnya banyak kali ummi accident, 5 kali (sehingga 3 Nov '08). Accident pertama masa ummi ikut mak sedara g mana ntah, tak ingat dah. G jenjalan kut, camne accident tu pun dah tak ingat dah. Masa tu, orang yang kena langgar tu siap masuk dalam kereta lagi melalui cermin depan. Ngeri...Accident kedua, jatuh drpd bas sekolah. Tergolek kt tepi jalan tp sempat lg fikir 'alamak tak sekolah la aku arini.' Sebabnya ummi ni suka sangat g sekolah masa dulu. Accident ketiga, jatuh motor n ummi jatuh tertiarap kat jalan cam superman. Nampak cam kelakar tapi sakit giler. Accident keempat, kaki tersepit kat pintu bas masa d UiTM Shah Alam. Terjingkit2 kaki sebab bas tu dah bergerak ke depan. Accident kelima, kena cium ngan kancil kat depan PWTC. Nak g interview lak tu.... Kesemua accident ni TELAH MENYEBABKAN TRAUMA YANG TERAMAT DAHSYAT. Semenjak 2 tahun ni la baru berani duk kat sebelah driver, tu pun sbb dh kawen. Ummi tau, terlalu lama masa yang diambil untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri tapi ummi tetap akan berusaha untuk memulihkan keadaan diri...* Abang, hanya orang yang trauma je tau camne rasanya trauma tu. Tu la sebab saya takut sangat kalau abang pecut n lalu sebelah bas, lori dan pape kenderaan yang besar gedabak.
- Kena balun ngan ayah. Penah sekali tu ummi gaduh ngan adik pasal TV. Sorang nak tengok citer Melayu, sorang lagi nak tengok Hindustan. Gaduh punyer gaduh, ambik ko kena bantai kat belakang. Kesan daripada asyik kena balun, ummi jadi seorang yang sangat melindungi orang2 yang tersayang. Ummi tak kacau orang jadi orang jangan kacau ummi.
- Jenuh dah ummi fikir, tapi tak ingat. Nanti dah ingat ummi tulis balik ek...
Kepada sesape jua yang membaca kenangan pahit ummi ni, ummi nak pesan... tak semua kenangan pahit akan menjadi pahit selamanya. Cuma, untuk menghilangkan ia atau memaniskan kenangan itu bukanlah satu perkara yang mudah... Kenangan tetap kenangan...
Wednesday, November 26, 2008
1tahun 5bulan 17hari...
Kalau kat rumah time makan, mesti nak suap sendiri. Mula2 dulu berterabur habis nasi kat muka. Tapi sekarang dah ok. Dah banyak yang masuk mulut. Alhamdulillah... Seronok tengok Nawal makan.
Bila anak dah besar ni, soalan2 lazim pun selalu kedengaran di cuping telinga. Adiknya bila? Hehehe, kalau ikutkan hati memang nak menambah bilangan ahli tapi kalau boleh nak tunggu Nawal 2 tahun. Tapi... bape banyak tapi la ummi nak tulis ni. Ikutkan bahasa salah ni. Kalaulah rezeki Nawal nak dapat adik lebih awal, apa salahnya. Dapat plak boy, uhhhuuuuu.... senyum sampai telinga la jawabnya :p tak kisah la kan boy or girl, itu kan kurniaan Allah. Sejak sebelum mendirikan rumahtangga lagi ummi dah berazam nak menyusukan anak2 sehingga 2 tahun. Harap2nya keazaman itu menjadi kenyataan...
Tuesday, November 25, 2008
Tag daripada Opie & Fara
Monday, November 24, 2008
Sebahagian daripada koleksi buku & toys Nawal Ashiqin



Tuesday, November 18, 2008
Catatan 181108
Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Cuma, sebagai manusia janganlah kita hanya menyalahkan takdir semata. Semoga roh Abrahaem Noah aman di dunia sana. Ummi benar2 insaf, nikmat pemberianNya kepada ummi tidak ternilai harganya. Mengandungkan, melahirkan, membelai seorang puteri yang diberi nama Nawal Ashiqin benar2 mendamaikan. Besar sungguh rasa cinta di hati ini Ya Allah. Indah sungguh perasaan ini, sukar untuk digambarkan..
Baru lagi semalam ummi menangisi kisah sedih Akmal Harith yang menderita akibat kecuaian pengasuh di nurseri beberapa tahun lepas. Bayi comel yang rasa ummi baru berusia dua atau tiga bulan ketika itu jatuh daripada buaian. Akibat kecederaan parah yang dialaminya, dia kehilangan kaki, penglihatan (kelopak matanya dijahit supaya kuman tidak masuk ke otak), dan pelbagai komplikasi lain yang sangat menyakitkan. Ketabahan ibunya benar2 meruntun jiwa ummi. Ya Allah, berikanlah ketabahan yang berterusan kepada ibu Akmal dan ibu2 lain dalam membesarkan anak2... Menurut ibu Akmal setiap saat dalam kepalanya tidak pernah berhenti daripada memikirkan Akmal. Semoga Akmal dalam lindungan dan rahmat Allah selalu...
Ummi tak tau nak luahkan bagaimana lagi rasanya hati ini. Hebatnya kuasa Allah menganugerahkan perasaan terindah ini. Selagi hayat dikandung badan, selagi kemampuan dimiliki, akan ummi susukan Nawal sesungguhnya supaya peluang yang ada ini ummi manfaatkan sepenuhnya. Akan ummi jaga amanah Allah ini selagi terdaya. Kepada suami yang tercinta, semoga gandingan kita bersama akan melahirkan anak2 yang soleh dan solehah. Tabahlah hati menghadapi perjalanan hidup ini....
Friday, November 14, 2008
Thursday, November 13, 2008
Spesel 4 Fara

Monday, November 10, 2008
Friday, November 7, 2008
Headgear McD
Hehehe, harap Nawal suka apa yang ummi beli ni. Kira first time Nawal pakai cekak tau... :p Terima kaseh pada mama filza n Mummy 2 be, Nurul sebab tolong belikan. Siap pengaruh kat Filza lagi suh beli kat Adeeb n Juma. Budak McD tu pun cam tak caya sebab depa beli sampai 6. 1 untuk Zila, 1 untuk Nawal, 2 untuk Kak Ika dan 2 lagi untuk Filza....