Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2008

Catatan 181108

Berita mengenai perginya seorang bayi lelaki akibat tersedak susu amat mengharukan. Sedih, sayu, simpati, marah, insaf dan bercampur baur semuanya. Ummi tak dapat bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan ayah yang kehilangan anak kecil secara tiba2. Ya Allah, kumohon padaMu agar aku terhindar daripada musibah yang tidak diingini...

Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Cuma, sebagai manusia janganlah kita hanya menyalahkan takdir semata. Semoga roh Abrahaem Noah aman di dunia sana. Ummi benar2 insaf, nikmat pemberianNya kepada ummi tidak ternilai harganya. Mengandungkan, melahirkan, membelai seorang puteri yang diberi nama Nawal Ashiqin benar2 mendamaikan. Besar sungguh rasa cinta di hati ini Ya Allah. Indah sungguh perasaan ini, sukar untuk digambarkan..

Baru lagi semalam ummi menangisi kisah sedih Akmal Harith yang menderita akibat kecuaian pengasuh di nurseri beberapa tahun lepas. Bayi comel yang rasa ummi baru berusia dua atau tiga bulan ketika itu jatuh daripada buaian. Akibat kecederaan parah yang dialaminya, dia kehilangan kaki, penglihatan (kelopak matanya dijahit supaya kuman tidak masuk ke otak), dan pelbagai komplikasi lain yang sangat menyakitkan. Ketabahan ibunya benar2 meruntun jiwa ummi. Ya Allah, berikanlah ketabahan yang berterusan kepada ibu Akmal dan ibu2 lain dalam membesarkan anak2... Menurut ibu Akmal setiap saat dalam kepalanya tidak pernah berhenti daripada memikirkan Akmal. Semoga Akmal dalam lindungan dan rahmat Allah selalu...

Ummi tak tau nak luahkan bagaimana lagi rasanya hati ini. Hebatnya kuasa Allah menganugerahkan perasaan terindah ini. Selagi hayat dikandung badan, selagi kemampuan dimiliki, akan ummi susukan Nawal sesungguhnya supaya peluang yang ada ini ummi manfaatkan sepenuhnya. Akan ummi jaga amanah Allah ini selagi terdaya. Kepada suami yang tercinta, semoga gandingan kita bersama akan melahirkan anak2 yang soleh dan solehah. Tabahlah hati menghadapi perjalanan hidup ini....

3 comments:

Opie said...

sedih kan....sian baby tuh...semoga dicucuri rahmat

ummi....awak telah di tag...sile ke blog saya...heheheh

Fara said...

yelah Lin. sedih sgt baca berita2 gini. Sm diorg tabah hadapi ujian Allah

Fara said...

Lin, sila la ambil tag anda ye.