Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 26, 2008

1tahun 5bulan 17hari...

Nawal sekarang sudah berusia 1 tahun 5 bulan 17 hari... Sekejap je rasanya anak abah dan ummi besar. Sekarang ni Nawal dah boleh berlari pun, . Kalau bercakap tu words yang jelas baru 2 patah. Nanak dan abah.... tu pun kadang2 ayah. Sampaikan nenek hairan, Nawal ni panggil abah atau ayah... Hehehe... Ummi, lagi la dia tak pandai nak cakap. Susah sket kut.

Kalau kat rumah time makan, mesti nak suap sendiri. Mula2 dulu berterabur habis nasi kat muka. Tapi sekarang dah ok. Dah banyak yang masuk mulut. Alhamdulillah... Seronok tengok Nawal makan.

Bila anak dah besar ni, soalan2 lazim pun selalu kedengaran di cuping telinga. Adiknya bila? Hehehe, kalau ikutkan hati memang nak menambah bilangan ahli tapi kalau boleh nak tunggu Nawal 2 tahun. Tapi... bape banyak tapi la ummi nak tulis ni. Ikutkan bahasa salah ni. Kalaulah rezeki Nawal nak dapat adik lebih awal, apa salahnya. Dapat plak boy, uhhhuuuuu.... senyum sampai telinga la jawabnya :p tak kisah la kan boy or girl, itu kan kurniaan Allah. Sejak sebelum mendirikan rumahtangga lagi ummi dah berazam nak menyusukan anak2 sehingga 2 tahun. Harap2nya keazaman itu menjadi kenyataan...

Tuesday, November 25, 2008

Bagaikan puteri....hehehe... 150808






Tag daripada Opie & Fara

Inilah hasilnya setelah ummi menjawab 'tag' daripada Opie dan Fara. Harap2 ok la yer... Ada tag daripada sesaper lagi ker nak ummi buatkan? Hehehehe.....

Monday, November 24, 2008

Sebahagian daripada koleksi buku & toys Nawal Ashiqin




Kejap je kemasnya rak ni, tak sampai 5 minit ada la orang paling rajin kat umah tolong kemaskan semula, hehehe........ Harap2 dah besar nanti rajin2 la tolong abah dan ummi ye sayang... Tapi gamba yang atas skali tu hakmilik En. Zailan, cuma ummi mintak supaya diperturunkan kepada puteri kesayangannya tu... :p

Tuesday, November 18, 2008

Catatan 181108

Berita mengenai perginya seorang bayi lelaki akibat tersedak susu amat mengharukan. Sedih, sayu, simpati, marah, insaf dan bercampur baur semuanya. Ummi tak dapat bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan ayah yang kehilangan anak kecil secara tiba2. Ya Allah, kumohon padaMu agar aku terhindar daripada musibah yang tidak diingini...

Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Cuma, sebagai manusia janganlah kita hanya menyalahkan takdir semata. Semoga roh Abrahaem Noah aman di dunia sana. Ummi benar2 insaf, nikmat pemberianNya kepada ummi tidak ternilai harganya. Mengandungkan, melahirkan, membelai seorang puteri yang diberi nama Nawal Ashiqin benar2 mendamaikan. Besar sungguh rasa cinta di hati ini Ya Allah. Indah sungguh perasaan ini, sukar untuk digambarkan..

Baru lagi semalam ummi menangisi kisah sedih Akmal Harith yang menderita akibat kecuaian pengasuh di nurseri beberapa tahun lepas. Bayi comel yang rasa ummi baru berusia dua atau tiga bulan ketika itu jatuh daripada buaian. Akibat kecederaan parah yang dialaminya, dia kehilangan kaki, penglihatan (kelopak matanya dijahit supaya kuman tidak masuk ke otak), dan pelbagai komplikasi lain yang sangat menyakitkan. Ketabahan ibunya benar2 meruntun jiwa ummi. Ya Allah, berikanlah ketabahan yang berterusan kepada ibu Akmal dan ibu2 lain dalam membesarkan anak2... Menurut ibu Akmal setiap saat dalam kepalanya tidak pernah berhenti daripada memikirkan Akmal. Semoga Akmal dalam lindungan dan rahmat Allah selalu...

Ummi tak tau nak luahkan bagaimana lagi rasanya hati ini. Hebatnya kuasa Allah menganugerahkan perasaan terindah ini. Selagi hayat dikandung badan, selagi kemampuan dimiliki, akan ummi susukan Nawal sesungguhnya supaya peluang yang ada ini ummi manfaatkan sepenuhnya. Akan ummi jaga amanah Allah ini selagi terdaya. Kepada suami yang tercinta, semoga gandingan kita bersama akan melahirkan anak2 yang soleh dan solehah. Tabahlah hati menghadapi perjalanan hidup ini....

Thursday, November 13, 2008

Spesel 4 Fara


Ahhahaha... ummi kena tagged ngan sorang member. Amik ko Fara, sebesau alam gambau ni... Bos suh wat keja aku plak tersengih2 ambik gamba. Puas hati x Fara? Mukaku ini bulat seperti kelapa, tp Lin rasa cam nak cantek sket so spec tanggal la kejap.... Spesel 4 Fara katakan... :p ekekeke... * Ucapan penghargaan saya tujukan kepada Abg. Chot yang sudi menaja lokasi di ruang tamu opis dan kamera yang canggih tu. Hahahaha, maklum la henpon aku tak canggih Fara...

Friday, November 7, 2008

Headgear McD

Hari ni hari yang mengujakan bagi ummi. Sebab balik opis nanti ada something nak bagi kat Nawal.... Taraaaaa..... McD nyer headgear Madagascar 2! Semalam masa beli bubur, 2 kali ummi kuar masuk McD, teruja tgk budak2 McD tu pakai headgear...

Hehehe, harap Nawal suka apa yang ummi beli ni. Kira first time Nawal pakai cekak tau... :p Terima kaseh pada mama filza n Mummy 2 be, Nurul sebab tolong belikan. Siap pengaruh kat Filza lagi suh beli kat Adeeb n Juma. Budak McD tu pun cam tak caya sebab depa beli sampai 6. 1 untuk Zila, 1 untuk Nawal, 2 untuk Kak Ika dan 2 lagi untuk Filza....

Nawal n her Barney





Sepit rambut




Nawal Ashiqin memang pantang klu pakai sepit rambut, tiap minit nak check sepit tu lekat ke tak kat rambut. Nak cantek tapi tu le masalahnya, tangan dok kt kepala jer. Masa ni on d way g umah Tehah... Seraaaaaannngggg........... hehehe, ktorang lapar ni Tehah!


Dah sampai Kelantan






Ni masa ktorang dah sampai Kelantan(25 Okt. '08, around 9am). Pagi tu trus pegi umah Makcik Kak Syidah, breakfast dulu sebelum check-in di Z&H Inn, Kota Bharu.


Surprise 4 Mama Filza, ekekeke....





Kawan2 tau tak gamba apa sebenarnya kat atas ni? Dah lama kawan ummi snap kan tapi baru la ni ummi nak upload kat blog. Hehehehe, actually 'kek' ni special untuk Filza, opismate ummi. Birthday dia Raya Puasa yang baru lepas. Masa breakfast tu teringat birthday dia plak, so ktorang hias roti canai tu untuk dia. Maklum la dia peminat sambal roti canai Barakah ni. Hepi Befday Mama Filza..... :p

Scott's Emulsion

Alhamdulillah, semalam ummi berjaya bagi Nawal makan Scott's Emulsion. Sebelum nak bagi tu ummi tanya abah dulu nak bagi Scott's ni ngan syringe atau sudu jer. Maklum la anak gadis ktorang ni sangat liat makan ubat. Abah sarankan pakai sudu je sebab klu pakai syringe konpem Nawal taknak punya.

Sebelum suap Nawal, ummi rasa sket dulu. Mmmm, sedap gak rasanya. So, ummi bagi je sudu tu kat Nawal. Sekarang kan dia dah pandai nak makan dan minum sendiri. Dalam hati ummi berdoa semoga Nawal suka Scott's Emulsion ni. Dan akhirnya.......... Nawal tersenyum lebar lepas rasa Scott's tu. Alhamdulillah. Sampai jilat2 sudu tu beberapa kali.... Haaa, ummi pun dapat satu akal. Lain kali klu nak bagi makan ubat pakai sudu je la. Kut2 Nawal leh terima, mana le tau kan...

Thursday, November 6, 2008

Yeeehaaa, berjaya akhirnya!

Hai kengkawan, apa kabar semua? Hari ni ummi happy sangat. Tau tak kenapa?

Sebab ummi busy sangat lately ni, tapi arini ada sket masa untuk ummi jengah blog yang dah lama terbiar. Dan yang menambahkan kegumbiraan hatiku mestilah sebab dah berjaya tukar layout. Yeeehaaa, berzaman ummi tried dan hari ni Alhamdulillah tercapai jua. Bagi kengkawan yang nak ubah selera mata kat blog tu sila lah berkunjung ke thecutestblogontheblock.com atau pyzam.com. Baaaanyaaaakkkk sangat karpet2 yang cantek untuk ditatap dek mata kengkawan semua. Cuba la yer..... :)

Bye....

Monday, November 3, 2008

Tehah dah selamat jadi isteri Epi... 25 Okt. 08










Setelah meredah laluan yang sukar bagi kami orang yang bukan dari Negeri Kelantan ni, akhirnya berbaloi gak sebab dapat ambik gambar sakan kat pelamin ungu Tehah. Dah penuh perut, bagai nak runtuh pelamin ktorang bergambar. Dan, yang paling penting ummi sempat posing kat singgahsana tu bertiga (wit abah n Nawal). Hehehehe.... jangan marah, ktorang pun pengantin gak.... :P