Semalam aku berbuka dengan lauk kedai jer. Ikan kembung pedas, sup ekor, kailan masin dan perut masak lemak tempoyak bersama rebung (ni babysitter Nawal yang kasik). Dua kali aku tambah nasi tau, selera betul makan semalam. Hehehehe.... Ye la sebelum ni aku memang takde selera makan langsung. Tu yang berat badan jatuh merudum walaupun berbadan dua. Mengandungkan kakak dulu pun terkena bulan puasa tapi masa tu baru 2 bulan lebih. Memang tengah mabuk gila, 4 hari tak puasa. Yang kedua ni aku sangat berharap untuk berpuasa penuh tapi aritu masa demam dah tak puasa sehari. Sayangnya... tak dapat penuh jugak Ramadhan kali ni.
Sepanjang aku preggy anak yang kedua ni memang banyak dugaannya. Mabuk pun kemain lagi hebatnya berbanding dulu. Sekarang ni dengan takleh masaknya, air liur yang bercampur kahak, muntah, sakit kepala dan berbagai ragam lagi buat aku betul2 tak selesa. Dah lima bulan preggy pun aku masih tidak secergas dulu. Bukanlah nak membandingkan dengan kandungan dulu tapi perbezaan alahan yang aku alami membuatkan rasa lebih insaf menyelinap dalam diri.
Setelah jadi ibu barulah aku tahu susah senang bergelar seorang ibu. Tekanan lebih lagi aku rasai bila kakak buat perangai manja-manjanya. Nak dukung la, nak garu la, nak itu dan ini yang sangat menguji kesabaran... Bertambah sengsara bila hubby ku outstation. Ya Allah hanya Engkau yang tahu...
Ishhh... entry ni aku nak citer pasal berbuka la. Ni dah melalut lak syahdu syahdan... Sorry yer. Memang boleh dikira berapa kali aku masak dalam Ramadhan ni. Pantang tul aku bau minyak masak, bawang putih, halia.... haduiiihhh. Tu kan rencah dalam masakan orang Melayu, takde tak sedap le kan. Bukan hanya aku yang tak memasak tapi aku juga melarang sama sekali cik abangku untuk memasak. Sakit kepalanya tak boleh nak digambarkan.
Klu neighbour aku masak pun aku boleh bau. Ye la duk umah tinggi cam sekarang ni, mana nak larinya daripada bau dapur kan. Takkan nak larang diorang masak plak. Tiger balm tu la jadik teman setia. Kadang2 tu aku masak gak, cuba melawan rasa sakit yang datang. Abih masak aku pun trus baring dan cuba tidur untuk hilangkan rasa sakit kepala. Tapi ye la takkan setiap hari camtu. Terbengkalai la keja rumah, sian plak cik abang kena buat semua. Nak layan kakak lagi...
Arini tak tau lagi nak berbuka dengan apa. Malas nak fikir, balik nanti baru decide... Klu aku rajin, sok ada la entry berbuka puasa lagi....
3 comments:
salam kjg bls dan salam kenal Ummi..ni Ummi apa pulak eh..hehee..Ummi jr. la eh..Akak Ummi veteran daaahhh..hehe..thanks singgah dpur akak eh..
Puasa dan berbadan dua adalah dua ujian dalam satu masa, itu belum ditambah dengan tugas harian dan lelah yang datang ekoran tingkah anak kecil yang minta dimanja.... Aduhai... bayangkanlah bagaimana ibu kita dengan anak-anak yang ramai sedangkan kita yang baru seorang dua kadangkala tercabar dengan kesabaran dan tekanan.... Apapun tahniah kerana berjaya mengharunginya... BRAVO!
Ummi...
Saya memang tak senang duduk klu tak jengah dapur akak dlm sehari. Alhamdulillah resepi2 yg saya try dr blog akak tu mmg sedap dan suami pun suka. Trima kasih ye kak...
Airikamalek...
Bkn mudah mjadi ibu yg bekerja dlm satu masa yg sama, tersgt mencabar! Harap2 kita terus bersabar dan bersedia...
Post a Comment