Pagi yang indah lagi mulia ini ummi ingin menulis dan berkongsi tentang sesuatu yang tak pernah dibangkitkan dalam blog ni. Andainya tulisan ummi menyinggung mana2 pihak, mohon maaf sebanyak2nya kerana apa yang terpapar di sini cumalah pandangan peribadi. Samaada yang di luar sana setuju atau tidak terpulang kepada diri sendiri...
Ianya nampak seperti perkara yang biasa dan remeh tapi bagi ummi, hal yang satu ini amat ummi tidak suka. Ianya tersenarai dalam perkara/benda yang ummi sangat benci. ROKOK! Ummi tidak asing daripada bahan yang mengandungi bahan radioaktif (polonium-201), bahan2 yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai2 (arsenik), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di 'kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani hukuman mati dan sebagainya lagi.
Sebenarnya budaya merokok ini tidak ada dalam budaya orang Islam namun dari hari ke hari budaya ini dilihat sebagai perkara yang tidak mendatangkan sensitiviti kepada sesetengah orang. Lebih tepat lagi budaya merokok ini adalah akibat tabiat suka meniru. Meniru siapa? Tidak lain tidak bukan meniru perbuatan penjajah Barat yang suka kepada kemerosotan kualiti umat Islam. Lihat saja bahan2 yang terkandung didalamnya. Bukanlah perokok tidak tahu bahan2 dan akibat daripada rokok ini terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling, tetapi mereka buat tidak peduli. Bukankah orang Islam malah mana2 agama sekalipun mewajibkan penganutnya untuk menjaga kesihatan diri? Paling tidak pun, bezakanlah diri kita sebagai orang Islam dengan orang bukan Islam.
Jika ada niat dan usaha yang berterusan tidak mustahil untuk seseorang itu berhenti merokok. Kemungkinan untuk kembali kepada merokok semula tetap ada, namun bukankah kemahuan diri mengatasi segalanya. Buat permulaan kurangkanlah sebatang rokok sahaja dalam masa sebulan, selepas itu dua batang pula dan seterusnya terus mengurangkan bilangannya. Sebaik2nya tetapkan niat dan target dahulu. Pengaruh rakan perokok juga harus diambilkira, elakkan diri menyertai rakan yang sedang merokok. Ini bukan bermaksud tidak berkawan dengan perokok tetapi hanya tidak menyertai mereka ketika mereka merokok. Apa pun terpulang kepada individu.
Sesuatu yang sentiasa ummi fikirkan tentang perokok ini ialah, jika seseorang itu merokok bermakna dia tidak mengambil berat tentang kesihatannya. Maka apabila orang sekelilingnya tidak sihat jangan perlu dirisaukan sangat kerana diri sendiri tidak terjaga kesihatan inikan pula kesihatan orang lain. Tulisan ummi agak pedas bunyinya tetapi jika anda terasa hati dengan apa yang ummi utarakan, fikirkanlah bagaimana rasanya hati insan2 tersayang anda yang mengharapkan agar anda merdeka daripada rokok!
Harapan ummi sangat menggunung untuk melihat insan2 yang tersayang di sekeliling ummi merdeka daripada rokok sebelum menutup mata buat selamanya. Harapan... janganlah tinggal harapan...
1 comment:
A'ah....tak suka! tak suka!
Kalau ikutkan dalil Quran.....apa2 yg memudharatkan diri itu haram. Maka rokok pun memudharatkan diri. So??? Fikir2 kan lah wahai smokers sekalian
Post a Comment