Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 6, 2012

Abah, cuba cari jalannya...

Pagi ini lain daripada hari yang lain bagi kakak dan juga ummi. Untuk pertama kalinya kakak akan menyertai lawatan sekolah ke Zoo Negara. Bermakna, inilah kali pertama saya melepaskan kakak keluar bersama orang lain.

Secara jujurnya ada sedikit kebimbangan buat dia. Macammana la anak ummi nanti, harap kakak baik2 saja dengan kawan2 dan cikgu2nya. Saya titipkan doa restu buat kakak supaya semua anggota lawatan berada dalam lindungan Allah sentiasa dan selamat pergi juga kembali seperti sediakala. Semalam kakak demam dan batuk sedikit. Tapi pagi ni nampak dia ceria saja. Mestilah dia excited kan. Ketika menunggu adik dan abahnya bersiap pun banyak kali dia mengingatkan supaya kami cepat. Katanya, nanti bas dah jalan. He3...  Sewaktu dalam perjalanan menuju ke tadikanya, berkali2 dia menyuruh abahnya mencari jalan untuk ke Zoo Negara.

"Abah, cuba abah cari jalannya," itulah ayat kakak.

Saya faham maksudnya, dia mahukan abah mencari peta di dalam IPhone seperti kebiasaan apabila kami anak beranak keluar berlibur. Sehinggalah saya katakan pemandu bas itu tahu jalan untuk ke sana barulah dia diam. Sampai di tadika, bas Sekolah Integriti AsSyakirin telah pun sampai. Kakak dan adik saya turunkan seperti biasa hingga ke pintu kelas. Sungguhlah excited kakak sampai terlupa menyalami saya, aduhai anak :)

Inshirah pun excited seperti kakak. Risau jugak saya, buatnya dia nak naik bas ikut kakak macammana? Awal pagi lagi dia dah kata nak naik bas. Hari ni dia turut mengenakan sport shoes seperti kakaknya walaupun dia berbaju kurung. Beg yang saya bekalkan kakak untuk di bawa ke zoo pun dia yang sandang.
Sempat juga saya bekalkan air, sapu tangan, tisu basah, topi dan pakaian buat kakak. Pagi tadi sebelum dia mandi saya sudah berikan roti untuk dijamah. 


Ketika melihat ada ibu bapa yang setia menunggu untuk melepaskan anak2 mereka menaiki bas, hati saya digayut rasa bersalah. Maafkan ummi sayang, kerana tidak menunggu dan melihat kakak menaiki bas. Ummi kirimkan doa supaya semuanya selamat dan ceria. Balik nanti cerita kat ummi dan abah yer. Dan, kakak jangan lupa makan ubat bila balik lawatan nanti.

Salam sayang ummi untuk kakak dan adik... :)



2 comments:

nuhaz said...

seronoknyee kakak...alaa adik pun nak ikut gak ke??sian dia..wknd ni abah bwk adik lak ye..tgk tu dh bg amaran!!hihi

ummiLIN said...

Drpd umah dh ckp nak naik bas, huhuuu...