Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 17, 2014

Dah masuk 25 minggu

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 25 minggu Ummi mengandungkan si kecik ni. Alahan pun nampaknya dah berkurangan kecuali muntah sekali-sekala, angin dalam badan walaupun tak makan makanan yang berangin, rasa manis yang akhirnya akan menjadi payau dan kahak yang pekat tu masih ada.


Badan pun rasa sihat sedikit walau perut ni rasanya semakin memberat. Tapi, sehingga pemeriksaan pada 21 Mac dulu berat badan Ummi cuma naik 3.5 kg sahaja. Harap-harapnya berat badan akan bertambah lagi seiring dengan perkembangan si kecik ni. Kalau mengikut babycenter.com, ukuran bayi pada minggu ini lebih kurang 35cm daripada kepala ke tumit. Bayi juga sudah boleh membuat pergerakan bernafas tetapi masih tiada udara di dalam paru-parunya.

Alhamdulillah, kalau mengikut ujian imbasan bulan lepas si kecik ni aktif dan sihat. Jantinanya juga telah dikenalpasti, hehehe... Suntikan untuk kancing gigi juga telah diambil, cuma ujian darah saja belum diambil.

Syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Semoga kami berdua berjaya mengharungi minggu-minggu yang akan datang sehinggalah tiba waktu kelahirannya nanti.

2 comments:

ayunidati said...

Wah seronoknya. ... semoga sikecil sihat bersama ibunya

Unknown said...

Alhmdulillah... saya pun berharap supaya kami berdua sihat dan proses kelahiran nanti berjalan dengan baik.