Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 19, 2014

Kami


Kami sama-sama dah kembang setaman sekarang ni, hehehe... Moga jodoh dan cinta kami hingga ke akhir hayat.

Buat dia yang terpahat di hati... sungguh saya bukan seorang wanita yang tiap harinya melafazkan kata sayang dan cinta tetapi itu tidak beerti hati saya kosong tidak berbunga. Saya juga tidaklah secantik dan sesempurna mana kalau nak dibandingkan dengan orang lain tapi saya berazam setiap hari untuk terus melakukan yang terbaik untuk keluarga kita. 

Masakan saya tidak sesedap mana, malah mungkin tidak menepati citarasa awak pun. Ada masanya saya tidak mampu pun menguruskan anak-anak dan rumah dengan baik. Buat yang ini, tertinggal yang lain pula. Adakalanya juga emosi saya turun dan naik. Dalam erti kata mudah, serba serbi saya tidak sempurna dan mungkin tidak menepati piawaian awak pun. 

Sungguh... kalaulah saya ada kuasa magis, saya mahu memberikan yang sempurna dan terbaik saja untuk awak dan anak-anak. Biar tidak ada cacat celanya.

Saya mohon ampun maaf atas segala salah silap samaada yang sengaja atau tidak. Saya cintakan awak sehingga ke Jannah, InsyaAllah. 

1 comment:

airikamalek said...

jangan nilai keindahan orang lain kerana kita miliki kecantikan dengan cara kita sendiri, sangat bahagia apabila mendapat keredhaan dari suami yang bakal memimpin kita ke syurga....