Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 3, 2012

Tabung Haji

Alhamdulillah, saya sekeluarga telah berjaya membuka akaun Tabung Haji walaupun pada hemat saya sendiri ianya agak lambat berbanding orang lain. Salah satu hasrat tertangguh yang telah dapat kami tunaikan...

Alang2 membuka akaun pada cuti Hari Wilayah yang lalu, kami suami isteri telah mendaftar haji. Ikutkan jangkaan tarikh yang diberi ialah pada 2045M. Mula2 tengok kat slip pengesahan tu, saya terkejut. 2045M? 33 tahun lagi... tapi saya berdoa dan akan berusaha supaya kami dapat menjejakkan kaki ke bumi terindah itu secepat mungkin. Ya, ianya memotivasikan saya supaya terus bekerja keras dan menabung untuk mencapai impian tu...

Telah lama saya pendam hasrat untuk menunaikan rukun ke-5 itu seawal mungkin, semoga kami berkesempatan sebelum datangnya Malaikat Maut menjemput... Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...

Saya teringatkan kisah Muhammad Haq dalam satu slot cerekarama di tv3 tahun lepas. Bukanlah kerana pelakonnya, Fahrin Ahmad tu yang merupakan faktor utama saya teruja tapi jalan ceritanya benar2 menyentuh hati. Dia hanyalah tukang kasut, hidupnya jauh lebih susah daripada orang2 seperti saya tetapi semangat dan kesungguhannya untuk menunaikan haji membuatkan saya tersentak. Saya tidak benar2 berusaha seperti dia sedangkan jalan di depan saya lebih baik berbanding dia. Hidup serba kekurangan bukan penghalang Muhammad Haq untuk berusaha menabung dan membantu orang yang lebih memerlukan. Dia sungguh mulia di sisi Allah, hinggalah nafasnya yang terakhir dalam sujud menyembah Yang Esa. Ianya benar2 menginsafkan saya.... Saya leka dengan mainan dunia...

Ya Allah... semoga impian itu tercapai jua suatu hari nanti...

3 comments:

Ros said...

salam maulidur rasul saw

moga cita-cita dimakbulkan Allah SWT... amin.

Fara said...

amin amin ya rabbal alamin....fara buka buku TH ni dah lama kak lin...tp isinya aduhaiiii. padahal membuang ke lain boleh je. insaf insaf...

ummiLIN said...

Kak Ros & Farah... semoga kita berkesempatan untuk menunaikan haji. Rukun kelima yang sangat diidamkan.