Lupa lak ummi nak update citer ni, Sabtu lepas Nawal kena inject utk Chicken Pox kat PUSRAWI Jln. Tun Razak, 19 Julai aritu. Kita pegi sama ngan Cik Ain, nanti lepas ni kan kita nak pegi PD. Ikutkan injection ni option jer tapi tak pe la, untuk kesihatan gak. Next appoinment 23 Ogos, 10.30 pagi untuk pneumococal vaccine.
Dah umur setahun lebih ni Nawal kena 2 kali je injection. Ikutkan memang mahal kos vaksin ni, RM300. Tapi selagi abah dan ummi boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik buat Nawal dan masih dalam kategori mampu menampung kos tu, abah dan ummi akan bagi. Cabaran kesihatan dunia semenjak sekarang sangat besar untuk dihadapi. Qada' dan qadar Allah siapa yang dapat menentangnya tapi sebagai manusia kita boleh mencegah selagi termampu.
Semoga Nawal, abah dan ummi beroleh kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Paling penting kita dapat tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ni...
1 comment:
Ummi - whipping cream tu biasanya ada kat pasaraya kat tempat sejuk. Dalam kotak ikut ml jugak la, ada 200 ml, ada yg besar tu 500 ml rasanya..Jenis cecair mcm santan kita smpan dlm fridge tu kan, ada pekat2 sikit. Pada kotak besenya memang tulis "whipping cream" or "whipped cream".
Post a Comment